Monday, 7 September 2015

SEJARAH


SEJARAH

Dikhabarkan bahawa TOK HAD adalah pengasas awal kampung ini. Allahyarham dan rombongan  datang kerana peperangan yang berlaku di Segenting Kera, Thailand. Rombongan mereka singgah di Kuala Dungun, kemudian ke Kemaman. Oleh kerana suasana sistem cukai yang wujud di situ, TOK HAD mengambil keputusan untuk beredar  dan kemudian ke Kuala Paka. Dari situ TOK HAD memudiki Sungai Paka dan singgah di satu kawasan tebing sungai yang dikenali sebagai PENGKALAN TOK HAD dengan kata-kata ’DISINILAH TEMPAT TINGGAL TULANG KITA’, dengan masksud akan menetap disitu. Tempat tersebut  terletak kira-kira 150 meter dari MASJID KG. NYIOR. Kini pusaranya dan pengkalan tersebut telah dihakis oleh sungai.Yang ada kini adalah PokokDurian, dikenali dengan nama ’DURIAN SAKA’ yang menjadi bukti hidup  hasiltangan ALLAHYARHAM TOK HAD di Bukit Semut hingga ke hari ini.

Kampunginidinamakan KAMPUNG NYIOR kerana kesuburan  POKOKNYIOR (KELAPA) dikawasan penempatan baru. Penghijrahan dari kampung seberang sungai (Kg. Nyior Sebatang) kerana ancaman gajah telah membuka lembaran baru dalam kehidupan penduduk. Kesuburan  tanaman di kawasan ini khususnya nyior (kelapa) telah membawa kesepakatan untuk menamakan kawasan baru ini dengan nama KAMPUNG NYIOR.

Pada peringkat awal, kewujudan kampung ini  ialah di kawasan sekitar Masjid Kg. Nyior atau di kenali Kampung Masjid. Kemudiannya telah menjalar ke Kampung Mok Kuntum, Kg. Seberang Alor, Kg. Darat Kubur dan berkembang ke Paya Pancur serta ke Kg. Darat Pok Nik , Kg. Besut dan Kampung Air Hitam.

Kampung ini jaraknya 6 km dari Pekan Paka dan 12 km dari Pekan Dungun. Kepesatan pembangunan  Industri Berasas Minyak di Paka/Kerteh telah membawa sedikit sebanyak rahmat ke kampung ini. Sumber  ekonomi yang banyak bergantung kepada hasil pertanian dan getah telah bertukar kepada sektor pembinaan kepada generasi baru.


1 comment: