Tuesday, 15 September 2015
INFO PENDIDIKAN ...
Di Kampung Nyior terdapat institusi pendidikan yang menjana pendidikan bagi belia dan beliawanis. Institusi tersebut merangkumi pusat pendidikan awal kanak-kanak hinggalah ke pusat latihan bagi belia dan beliawanis di sekitar kampung nyior khususnya ...
TBK KEMAS KAMPUNG NYIOR
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIOR
PUSAT GIATMARA PAKA , KAMPUNG NYIOR
Monday, 14 September 2015
Keluasan Kampung
KELUASAN KAMPUNG....
Keluasan Keseluruhan Kampung:
|
741hektar
|
Keluasan Tanah yang diusahakan:
|
_611_ hektar
|
Perumahan:
|
_230_ hektar
|
Premis Awam:
|
_30_ hektar
|
Tapak IKS / Perniagaan:
|
_55_ hektar
|
Pertanian: (Kelapa/Getah dll)
|
_155_ hektar
|
Penternakan: (Lembu/Kambing)
|
_85_ hektar
|
Perikanan:(Dalam Kolam)
|
_1_ hektar
|
Lain-lain(Dusun Lama)
|
_75_ hektar
|
Keluasan Tanah
yang terbiar:
|
_130_ hektar
|
Persendirian:
|
_80_ hektar
|
Syarikat / Koperasi:
|
_00_ hektar
|
Hak Milik Kerajaan:
|
_50_ hektar
|
Sunday, 13 September 2015
Jumlah Penduduk
INFO
PENDUDUK
Bil. Penduduk:
|
1218Orang
|
Bil. Keluarga:
|
344 Buah
|
Jantina
|
|
Lelaki:
|
616Orang
|
Wanita:
|
602Orang
|
Monday, 7 September 2015
SEJARAH
SEJARAH
Dikhabarkan
bahawa TOK HAD adalah pengasas awal kampung ini. Allahyarham dan rombongan datang kerana peperangan yang berlaku di Segenting
Kera, Thailand. Rombongan mereka singgah di Kuala Dungun, kemudian ke Kemaman.
Oleh kerana suasana sistem cukai yang wujud di situ, TOK HAD mengambil
keputusan untuk beredar dan kemudian
ke Kuala Paka. Dari situ TOK HAD memudiki Sungai Paka dan singgah di satu
kawasan tebing sungai yang dikenali sebagai PENGKALAN TOK HAD dengan
kata-kata ’DISINILAH TEMPAT TINGGAL TULANG KITA’, dengan masksud akan menetap
disitu. Tempat tersebut terletak kira-kira
150 meter dari MASJID KG. NYIOR. Kini pusaranya dan pengkalan tersebut telah
dihakis oleh sungai.Yang ada kini adalah PokokDurian, dikenali dengan nama
’DURIAN SAKA’ yang menjadi bukti hidup hasiltangan ALLAHYARHAM TOK HAD di Bukit
Semut hingga ke hari ini.
Kampunginidinamakan
KAMPUNG NYIOR kerana kesuburan POKOKNYIOR
(KELAPA) dikawasan penempatan baru. Penghijrahan dari kampung seberang sungai
(Kg. Nyior Sebatang) kerana ancaman gajah telah membuka lembaran baru dalam
kehidupan penduduk. Kesuburan tanaman
di kawasan ini khususnya nyior (kelapa) telah membawa kesepakatan untuk
menamakan kawasan baru ini dengan nama KAMPUNG NYIOR.
Pada
peringkat awal, kewujudan kampung ini
ialah di kawasan sekitar Masjid Kg. Nyior atau di kenali Kampung
Masjid. Kemudiannya telah menjalar ke Kampung Mok Kuntum, Kg. Seberang Alor,
Kg. Darat Kubur dan berkembang ke Paya Pancur serta ke Kg. Darat Pok Nik ,
Kg. Besut dan Kampung Air Hitam.
Kampung ini
jaraknya 6 km dari Pekan Paka dan 12 km dari Pekan Dungun. Kepesatan pembangunan Industri Berasas Minyak di Paka/Kerteh
telah membawa sedikit sebanyak rahmat ke kampung ini. Sumber ekonomi yang banyak bergantung kepada hasil
pertanian dan getah telah bertukar kepada sektor pembinaan kepada generasi
baru.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)